Jumaat, April 24, 2009

Kayuhan Petang Hari yg berangin 23/04/09 (Tour De Penaga)

Petang ni aku dan member opis (guna road bike) ambil keputusan nak kayuh area dekat umah saja kerana mula kayuh jam 6.30 ptg dan cuaca yang macam nak hujan...kami kayuh dari Taman penaga ke teluk air tawar ikut jalan belakang lepas tu pekan darat...permatang sintok dan balik ke taman penaga...
Yang letih kayuh ptg ni...ialah angin dari arah laut yang agak kuat...hingga nak kekalkan kelajuan 30 km/h tu memang susah....jarak kayuhan 17 km saja.jalan rata saja...tak ada bukit...kereta saja yg banyak..Kami kayuh lebih kurang 35 minit saja....kira ok lah tu....warm-up bagi nak kayuh ari sabtu ni....



Masa baru nak mula kayuh..

Laluan jalan belakang dari penaga angin kuat....


route laluan tour de penaga

aku cuba mengekalkan speed lebih dari 30 KM/H tetapi petang tu angin kuat...

Letih aku...

Aku dok ikut dia kat belakang saja...laju ni(potong di simpang permatang sintok)

Keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan....boleh menikmatinya bila kita selalu kayuh basikal....

Hampir sampai pekan penaga

Budak ni nama dia MAT DEK....orang perlis (Negeri pelam Harumanis),,,,katanya selalu dok kayuh pi Wang klian...kerja satu opis dengan aku....dulu pernah kayuh kat Sarawak...Masa bertugas disana....

Dah sampai kat Umah aku di Taman Penaga...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan